Program Kenduri AnNadi 2023

Event Date:

14/10/2023

Event Time:

7:45 pm

Event Location:

SMA Persekutuan Kajang (DATARAN DEWAN SMAPK)

 

Layout Kenduri AnNadi 2023

Kami jawatankuasa penganjur program JOM BALIK SMAPK & KENDURI ANNADI sangat menghargai kesudian anda melapangkan masa menyertai program ini.

Diharapkan dengan ada nya program sebegini, ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita sama ada kita hadir sebagai Alumni, guru-guru, kakitangan, ibubapa dan para pelajar SMAPK.

Selain itu, sumbangan yang telah diberikan oleh anda melalui pembelian tiket, barangan atau tajaan amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan di pihak kami selaku penganjur sebelum, ketika dan selepas kami menganjurkan program ini.

Bersama-sama ini, kami lampirkan Buku Program Kenduri AnNadi dan Tentatif Acara sebagai panduan dan maklumat anda. Tiket baru beserta QR telah pon kami hantar untuk kegunaan kemasukan ke acara nanti (QR scan)

Kami sudahi warkah ringkas ini dengan serangkap pantun..

Burung serindit burung tempua,
Hinggap seekor di dahan jati,
Dah lima tahun tidak bersua,
Bersama semula dalam JBS & Kenduri AnNadi.

Terima Kasih

 


 

KENDURIANNADI
.
Program kali ini berbeza dengan yang pernah anjurkan pada 2018 dulu kerana kali ini, konsepnya adalah FOODTRUCK SANTAI dan bertempat di Dataran di hadapan Dewan & Gymnasium SMAPK.
.
Program akan bermula selepas Maghrib hingga lewat malam.
.
Ada 18 buah tapak Foodtruck dan Foodstall yang bakal didirikan di sekeliling Dataran dan khemah serta meja untuk para peserta akan didirikan di tengah-tengah Dataran
.
Selain itu, anda juga boleh menaja apa jua barangan (goodies) untuk dimasukkan ke dalam Goodies Bag yang akan diagihkan kepada semua peserta pada malam tersebut.
.
AnNadi Ultra & Mantan Guru/ Guru / Staff sokongan SMAPK (26thn ke atas) – RM50/pax

AnNadi Junior (25thn ke bawah) – RM30/pax

Dewasa (Pasangan/Ahli Keluarga Annadi) – RM50/pax

Remaja/Pelajar (9thn hingga 18thn) – RM30/pax

Kanak-kanak (8thn ke bawah) – Percuma

Kami juga mengalu-alukan sumbangan anda yang ingin menaja mana-mana mantan guru/ guru / staff sokongan SMAPK atau pelajar SMAPK dari golongan asnaf/anak yatim mengikut bayaran berdasarkan kategori yang dinyatakan tadi. Sila catatkan ketika checkout tujuan pembelian tiket sumbangan tersebut sebagai *tajaan untuk guru/staff/pelajar asnaf

.
KEHADIRAN ISTIMEWA “CALIPH BUSKERS”
.
Dalam KENDURIANNADI kali ini, kita akan dihiburkan dengan persembahan istimewa dari CALIPH BUSKERS ehsan dari Presiden Annadi, Dato’ Reduan Yusof! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menonton persembahan mereka pada malam tersebut.

 

 

 

Link untuk perdaftaran seperti dibawah

 

Tiket Kenduri AnNadi 2023

 

Event Location:

Total Seats: 0
  • SMA Persekutuan Kajang (DATARAN DEWAN SMAPK)
  • Batu 13 Jalan Cheras
  • Kajang
  • Selangor
  • 43000
  • Malaysia

Event Schedule Details

  • 14/10/2023 7:45 pm   -   11:00 pm
Share This Event
ADD TO YOUR CALENDAR