Jom Balik SMAPK 2023

Event Date:

14/10/2023

Event Time:

8:00 am

Event Location:

SMA Persekutuan Kajang

 

Layout Gerai & Parkir Layout Aktiviti Sukan

 

Kami jawatankuasa penganjur program JOM BALIK SMAPK & KENDURI ANNADI sangat menghargai kesudian anda melapangkan masa menyertai program ini.

Diharapkan dengan ada nya program sebegini, ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita sama ada kita hadir sebagai Alumni, guru-guru, kakitangan, ibubapa dan para pelajar SMAPK.

Selain itu, sumbangan yang telah diberikan oleh anda melalui pembelian tiket, barangan atau tajaan amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan di pihak kami selaku penganjur sebelum, ketika dan selepas kami menganjurkan program ini.

Bersama-sama ini, kami lampirkan Buku Program Kenduri AnNadi dan Tentatif Acara sebagai panduan dan maklumat anda. Tiket baru beserta QR telah pon kami hantar untuk kegunaan kemasukan ke acara nanti (QR scan)

Kami sudahi warkah ringkas ini dengan serangkap pantun..

Burung serindit burung tempua,
Hinggap seekor di dahan jati,
Dah lima tahun tidak bersua,
Bersama semula dalam JBS & Kenduri AnNadi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Program Jom Balik SMAPK 2023 – 14 oct 2023

Assalamualaikum sahabat AnNadi sekalian.
.
Seperti yang kita semua sedia maklum, AnNadi akan menganjurkan program JomBalikSmapk 2023 (JBS 23) pada 14 Oktober 2023 nanti bertempat di SMAPK.
.
Sehubungan dengan itu, Koperasi AnNadi Berhad telah melancarkan T-SHIRT JBS 23 exclusive untuk di pakai oleh seluruh warga AnNadi pada program tersebut.
.
T-shirt ini kini dalam proses pembikinan dan Insya Allah, ia akan siap pada pertengahan bulan September ini.
.
Bagi peserta yang ingin mendaftar untuk menyertai Program JBS23, anda perlu membayar yuran penyertaan mengikut kategori berikut:

Ahli AnNadi:
RM60/seorang

Pasangan:
RM60/seorang

Anak (umur 12-21 tahun)
RM30/seorang

Anak (umur di bawah 12 tahun)
Percuma

 

Sukan yang akan dipertandingkan:

  • E-sport
  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Bola Jaring
  • Bola Keranjang
  • Sukaneka kanak-kanak & dewasa

FAQ JBS 2023:Jom Balik SMAPK_F.A.Q

Link untuk perdaftaran seperti dibawah

 

Tiket Jom Balik SMAPK 2023

 

 

Event Location:

  • SMA Persekutuan Kajang
  • Batu 13 Jalan Cheras
  • Kajang
  • Selangor
  • 43000
  • Malaysia

Event Schedule Details

  • 14/10/2023 8:00 am   -   2:00 pm
Share This Event
ADD TO YOUR CALENDAR