AnNadi Back To School

RM5,781 of RM30,000 raised

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMPERINDAHKAN ASRAMA SMAPK
.
Assalamualaikum wbh,
.
Rakan-rakan Alumnus SMAPK sekalian,
.
SMAPK akan menganjurkan program Gotong Royong Madani bertempat di SMAPK pada hari Sabtu, 11 Mei 2024 bermula dari jam 8.00pg hingga selesai. Kawasan yang menjadi tumpuan adalah di sekitar ASPURA & ASPURI, Masjid dan lanskap sekitarnya. Pihak sekolah ingin menjemput para Alumnus untuk menyertai program tersebut dan sangat mengalu-alukan keterlibatan semua.
.
Antara usaha yang ingin dilakukan bagi memperindahkan kawasan SMAPK adalah seperti berikut:
.
a) mengecat semula bilik-bilik di ASPURA & ASPURI;
b) memasang langsir di bilik-bilik ASPURA & ASPURI;
c) membetulkan peralatan elektrik seperti lampu dan kipas yang rosak di ASPURA & ASPURI;
d) menyelesaikan masalah paip dan saliran di bilik air yang rosak di ASPURA & ASPURI;
e) memperindahkan lanskap di ASPURA & ASPURI;
f) membersihkan kawasan sekitar ASPURA & ASPURI;
g) membersih dan memperindahkan kawasan Masjid; dan
h) lain-lain usaha yang perlu
.
Untuk makluman, anggaran kos yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti tersebut adalah sekitar RM30,000. Ini memandangkan pihak sekolah perlu membeli peralatan mengecat, pembersihan, sewaan tong roro dan sebagainya. Awal bulan ini, usaha telah digerakkan oleh PIBG SMAPK untuk mengutip sumbangan tersebut. Namun demikian, hasil kutipan yang diterima amatlah mendukacitakan (tak sampai RM2,000).
.
Oleh yang demikian, barisan Pentadbir SMAPK, PIBG SMAPK dan AnNadi kini sedang menggerakkan usaha untuk mengutip sumbangan daripada orang ramai khususnya di kalangan Alumnus untuk menjayakan program tersebut. Diharap agar sahabat-sahabat Alumnus sekelian dapat menyumbang sedikit sebanyak wang yang diperlukan bagi menjayakan usaha untuk memperindahkan Alma Mater kita yang dicintai.
.
Keprihatinan dan segala sumbangan sahabat-sahabat sekelian amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Moga Allah menerima sedekah dan amal jariah kita semua.
.
Sekian, terima kasih.
.
#GOTONGROYONG #SMAPK #ANNADI #ALUMNISMAPK

RM
Personal Info

Donation Total: RM250.00